Satu program terulung Biro Akademik IMAM Volgograd iaitu Projek Academic Minute. Secara ringkasnya, Academic Minute akan membawa anda untuk mengikuti perkembangan terkini dalam bidang perubatan, sistem-sistem perubatan di Malaysia, dan juga banyak lagi fakta dan pengetahuan menarik yang mungkin kita tidak ketahui dalam dunia medik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah sebenarnya projek Academic Minute, jangan lupa untuk mengikuti perkembangannya nanti. Pelbagai aktiviti yang akan di adakan. Jangan ketinggalan! Hadiah menarik menanti anda.
Saturday, October 15, 2011
Monday, October 10, 2011
WeLCoMe saFF-saFF KEPIMPINAN BARU IMAM VOLGOGRAD 2011/2012
First POSTING from the NEW ACADEMIC BUREAU 2011/2012
MUQADDIMAH
Segala
pujian bagi Allah Rabul Izzati, dengan limpah kurniaNya serta inayahNya dapat
lagi kita merasai dua nikmat iman iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan
salam atas junjungan Rasulullah SAW serta ahli keluraga baginda, para sahabat
baginda dan para-para tabi’in, tanpa penerusan kerja penyebaran Islam, maka
tidak sampailah Islam kepada kita semua pada hari ini.
Jutaan
terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang berkerah tenaga
& akal, akhirnya Alhamdulillah kami dapat mula menjalankan amanah yang
telah diberikan kepada kami.
Pertama sekali ingin saya maklumkan bahawa
mulai sekarang blog ini akan dikelolai oleh biro akademik IMAM VOLGOGRAD
2011/2012 yang baru sahaja dilantik. Walau bagaimana pun, blog ini takkan dapat
menyerlahkan sinar "cahaya" nya tanpa kerjasama & bantuan
daripada senior2 n shbt2 sekalian. Setiap individu memainkn peranan yg penting
utk menggilapkan lgi blog ini agar ia
dpt memberi manfaat kpd semua org.
Harapan
saya agar blog ini dapat menjadi portal & medium rujukan bg setiap inividu
especially medical students. Insya Allah kami akn uploadkan bahan2 rujukan, lecture2, medical videos, n
mcm22 lagi info serta interesting stuff yg anda boleh download straight dri
blog ini.(NB: Oleh itu, bagi mereka yg
mempunyai sebarang nota,lecture or anyting yg ingin dikongsi bersama, anda
dialu-alu kan utk berbuat demikian.. Just kindly contact any of our academic
bureau.
INTERESTING
SToRY
Menuntut ilmu sememangnya wajib bagi setiap
individu muslim., tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, ketika setiap
orang menuntutnya, pasti ada penghalangnya.
Ada
kisah para ulama dahulu iaitu pada satu ketika Imam Syafi’e datang kepada
gurunya, Imam Waqi’ dan mengadu kepadanya tentang kesukaran untuk mengingati
apa yang telah dihafal. Maka Imam Waqi’ mengingatkan Imam Syafi’e : “ Ilmu itu
cahaya, cahaya dari Allah, ia bagaikan pelita, penggelapnya adalah maksiat,
maka tinggalkan maksiat.
Sungguhpun
kita telah mengetahui bahawa Imam Syafi’e adalah seorang hamba Allah yang
tinggi darjatnya disisi Allah serta disebabkan ilmu yang ada padanya tinggi.
Beliau cepat tangkap apa yang didengari, menghafal kitab dengan hanya mengambil
masa yang singkat.
Walaupun
beliau seorang yang genius, tinggi ilmu, beliau tahu adab sebagai seorang
pelajar ke atas gurunya . Ilmu tidak akan datang bergolek, ilmu juga tidak akan
datang kepada orang yang bergelumang dengan maksiat, ilmu hanya datang kepda
hati yang bercahaya, bersih dan ikhlas. Hati yang telah digilap dengan sinaran
iman.
NanTi
kan OUR first PROJEk… "ACADEMIC MINUTE "
p/s
For those who wants to join forces and become part of the committee as they can
share everything n gain everything (nota senior, lectures, latest updates,
outdoor medical activities, n mcm2 lagi cool stuff n experiences that will
definitely benefit u as a medical student)
feel free to join our bureau by contacting me, Khairuddin -4th year
(kai), the head of academic bureau or my vice- Diyana Rahman - 4th year
Akhir kalam saya
akhiri dgn satu ungkapan,
The easiest thing in this world is becoming non- beneficial. The hardest thing being is very beneficial. The struggle is what makes us stronger and gets us closer to Allah.
WALLAHU'ALAM
by kai
Sunday, October 9, 2011
Islam & Perubatan
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud
Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati.
Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.
Rasullullah s.a.w. sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat setengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh Baginda berasaskan akidah dan nilai-nilai Islam. Mungkin pada zaman itu belum banyak lagi jenis ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat berbagai jenis penyakit berbanding dengan ribuan jenis ubat farmasi dan berbagai kaedah rawatan yang ada di pasaran masakini.
Zaman Kegemilangan Islam
Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 masihi. Pada zaman tersebut empire Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke benua Eropah dan bertapak kuat di negara Sepanyol, ia berkembang ke negara Russia dan ke Timur di sebahagian negara Cina. Dalam zaman kegemilangan pemerintahan tersebut muncullah para cendikiawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al-Raziz (tahun 841 - 926), Al Zahrawi (tahun 931 - 1013), Ibnu Sina (tahun 890 - 1037), Ibnu Rusd (tahun 1126 - 1198) dan Ibnu El-Nafis (tahun 1208 - 1288). Disamping ilmu dan kemahiran kedoktoran, mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fiziks, matematik dan lain-lain.
Mereka telah mengamalkan ilmu kedoktoran secara saintifik berasaskan ilmu pengetahun tentang perubatan pada ketika itu. Mereka juga telah menemui berbagai jenis ubatan daripada berbagai sumber. Berbagai kaedah rawatan termasuk pembedahan telah digunakan dan disebar luas khususnya oleh Al Zahrawi. Pengasas-pengasas perubatan Islam di zaman tersebut telah banyak menjalankan penyelidikan dan telah menulis berjilid-jilid buku teks kedoktoran yang telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa Eropah. Malah banyak daripada buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ibnu El Nafis telah digunakan oleh kolej-kolej perubatan di Eropah.
Selepas tahun masihi 1300 Masihi apabila empire Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang ini, perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti zaman pemerintahan khalifah dahulu.
Tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara-gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam.
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w.. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan
Perubatan Islam perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut
- -Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.
Proses pengubatan
Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Ia seterusnya bertawakkal kepada Allah S.W.T. agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, ia patut juga mempunyai satu etika dan peradaban yang sesuai untuk melayani pesakit.
Ia perlu juga mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya ia dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari berbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia perlu sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang berdakwah.
Wednesday, May 26, 2010
Imtihan oh Imtihan!
BIRO PEMBANGUNAN INSAN
PPIM (RSC) VOLGOGRAD
____________________________________________
Dengan setulusnya mengucapkan
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"
SUMMER SESSION EXAMINATION (SSE)
2010
____________________________________________
"Tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan Allah"
ali-Imran:126
PPIM (RSC) VOLGOGRAD
____________________________________________
Dengan setulusnya mengucapkan
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"
SUMMER SESSION EXAMINATION (SSE)
2010
____________________________________________
"Tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan Allah"
ali-Imran:126
Saturday, May 15, 2010
Friday, May 7, 2010
M&M RUSH
P.E SEMINAR
(REGARDING PRACS. EXAM 3RD YEAR)
DATE: SUNDAY (9TH MAY 2010)
TIME: 1.30 PM ~ 3.00 PM
VENUE: HIROSHIMA HOSTEL (3 1/2 FLOOR)
OPEN TO ALL 3RD YEAR STUDENTS
_______________________________________________
M&M GROUPS
(FOR 1ST YEAR STUDENTS)
DATE: SUNDAY (9TH MAY 2010)
VENUE: STUDY ROOM HIROSHIMA HOSTEL
TIME: 8.45 PM ~ 10.00 PM
TOPICS:
ANATOMY OF CVS
EXAM'S BRIEFING
YEAR 2 PREP.PROCEDURES
SEMOGA USAHA KITA DIREDHAI ALLAH
(REGARDING PRACS. EXAM 3RD YEAR)
DATE: SUNDAY (9TH MAY 2010)
TIME: 1.30 PM ~ 3.00 PM
VENUE: HIROSHIMA HOSTEL (3 1/2 FLOOR)
OPEN TO ALL 3RD YEAR STUDENTS
_______________________________________________
M&M GROUPS
(FOR 1ST YEAR STUDENTS)
DATE: SUNDAY (9TH MAY 2010)
VENUE: STUDY ROOM HIROSHIMA HOSTEL
TIME: 8.45 PM ~ 10.00 PM
TOPICS:
ANATOMY OF CVS
EXAM'S BRIEFING
YEAR 2 PREP.PROCEDURES
SEMOGA USAHA KITA DIREDHAI ALLAH
Monday, March 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)




