Sunday, December 18, 2011

Pemenang Kuiz Fiqh Medic

Kuiz Fiqh Medic No.4 Disember 2011


Seorang pesakit telah datang kepada anda dan ingin melakukan pembedahan mencantikkan MUKA dengan cara menegangkannya.

  • Apakah hukum di dalam Islam mengenai pembedahan kecantikan?
  • Apakah tindakan yang anda akan lakukan sebagai seorang doktor muslim? 




TAHNIAH!

Fadhlin Abdul Hamid
Year 4

Muhammad Rafiuddin Hamizan
Year 5


Jawapan 1 :

Kecantikan pada saya adalah satu seni dan keinginan setiap manusia, ia bukan sahaja untuk wanita tetapi juga untuk lelaki dan saya pasti setiap manusia ciptaan Allah mahu kelihatan cantik. Oleh kerana itu manusia yang mahu kelihatan cantik ini dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan masing-masing, ada yang bertujuan untuk kecantikan bagi rakan-rakan mereka, ada pula untuk kepuasan diri dan selebihnya adalah untuk mencapai kesempurnaan. Tujuan mereka ini lah yang menjadi tanda tanya pada persoalan ini.

Rawatan wajah digolongkan kepada tiga kategori:

  •       Tahsiniat (merawat wajah supaya kelihatan lebih anggun dan cantik),
  •    Hajiat (operasi rawatan wajah kerana hajat yg mendesak kerana ia bertujuan menghilangkan kesempitan dan kesukaran)
  •     Dharuriyat (operasi rawatan kerana darurat (kesulitan yang amat sangat yang membawa mudarat kepada manusia)


Perkara yang perlu diambil kira jika seseorang menginginkan pembedahan adalah.
1.sebab/tujuan kenapa dia menginginkan pembedahan tersebut.
2. cara pembedahan/rawatan yang akan dijalankan.
3.komposisi pembedahan/rawatan
4. kesan daripada pembedahan/rawatan yang dijalankan.


HURAIAN PERKARA PERTAMA : TUJUAN/SEBAB
Sekiranya pesakit bertujuan menggunakan laser untuk menghilangkan jeragat di muka.

Menghilangkan jeragat pada wajah termasuk hajiat yakni ia bukan mencantikkan wajah tapi menghilangkan aib dan keburukan pada wajah dan mengembalikan wajah kepada bentuk yang asal. Maka rawatan menghilangkan jeragat adalah
HARUS kerana ia umum dari hadith yg memerintahkan rawatan.

لكل داء دواء . فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل

Terjemahnya: dari Jabir

"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat itu berjaya mengalahkan penyakit, maka belakulah penyembuhan dengan izin Allah AWJ." [sahih, Muslim, 2204]

Kemudian dilihat pula akan alatnya,yakni laser. Islam hanya mencegah alat atau bahan rawatan yang diambil dari najis. Laser hanyalah cahaya dan ia bukan najis, maka ia kembali pada hukum asal, yakni harus.

Untuk pesakit yang datang dengan tujuan membaiki kecacatan yang teruk eg: hidung rosak, parut yang memalukan dan lain-lain, maka untuk melakukan pembedahan kosmetik akan menjadi DIBENARKAN

Imam Abu Daud, Imam Nasa'i dan Imam Tirmidhi dalam koleksi masing-masing, bahawa sahabat dengan nama Arfajah ibn Aswad telah hidungnya rosak dalam pertempuran kulab. Beliau menggantikan pertama dengan perak, dan kemudian dengan hidung yang diperbuat daripada emas, dengan perintah dan persetujuan Rasulullah. 

(Ref: Imam al-Aini al-Hanafi, Umdat al-Qari, syarh Sahih al-Bukhari, Cairo: daar al-Tiba'ah, (2/193), al-hafidz Ibn alJauzi, ahkam al-Nisaa', Beirut: daar al-kutub al-ilmiyah (2/341).

Jadi, sekiranya seseorang mempunyai sisihan atau kelengkungan hidung, bagaimanapun, asal-usul makhluk hidung perlu semulajadi yang harmoni, jadi, kita boleh membentuk semula hidungnya (Rhinoplasty). Dalam keadaan ini, kita tidak mengubah apa-apa dalam hidung yang diwujudkan tetapi kita mendapatkan kembali bentuk asal.


Bagaimana pula untuk pesakit yang datang kerana kecantikkan dan penambah baikkan?

Pembedahan kosmetik untuk tujuan mencantikkan diri sendiri  TIDAK DIBENARKAN. 

Badan yang diberikan kepada kita oleh pencipta kita adalah amanah, oleh itu ia adalah menyalahi undang-undang untuk mengganggu dalam apa-apa cara. Jika seseorang berbuat demikian, seseorang itu akan melakukan dosa. "mengubah ciri-ciri yang dicipta oleh Allah" (taghyir khalq Allah).

Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah an-Nisa’ iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, 'Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."


Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah’ iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.

Berdasarkan beberapa contoh tujuan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat  keadaan di mana pembedahan plastik boleh diterima dan terdapat juga beberapa keadaan yang menjadikan pembedahan plastic ini haram sama sekali.

 Allah telah berfirman dalam al-Quran surah At-Tin ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Sungguh Allah telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik penciptaan, tetapi sebagai hasil daripada masalah atau penyakit tertentu yang mungkin menjadi punca kepada hilangnya sebahagian bentuk atau fungsi, di sini pakar bedah plastik boleh membina semula bahagian-bahagian ini untuk mendapatkan kembali bentuk semulajadi dan fungsi mereka.


HURAIAN PERKARA KEDUA : CARA
Islam menggariskan beberapa peraturan yg membolehkan untuk melakukan rawatan atau operasi kecantikan iaitu:

i) Tidak mencantikkan hingga merubah ciptaan Allah
ii) Tidak memudharatkan diri
iii) Kecantikan bukan bertujuan litadlis (mengabui mata orang ramai)
iv) Tidak berlaku pembaziran (kos rawatan/operasi)
v) Tidak menggunakan bahan atau alat yg mengandungi najis
vi) Tidak membawa kepada persamaan gender (lelaki)
vii) Tidak tasyabbuh (penyerupaan) dgn orang kafir atau fasiq.
viii) Kecantikan wanita hanya utk suami sahaja
(Ref: Ibn Qudamah, al-Mughni wa Syarh al-Kabir, Daar al-Fikr,)

Manakala syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam pula adalah:

1.      Memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan
2.      Untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain
3.      Mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu
4.      Doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat
5.      Mendapat persetujuan pesakit dan wali.

Selagi cara-cara yang diguna pakai oleh pakar bedah/pesakit tidak diselewengkan dan bertepatan dengan tujuan pembedahan plastic dan maka pembedahan plastic in HARUS dan boleh dilakukan. Tetapi sekiranya cara pakar bedah/pesakit diselewengkan seperti contoh:

Penyelewengan cara oleh pasakit iaitu mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam seperti menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW,

 “Tukarlah ia (warna rambut, janggut dan misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Dan cara ini HARAM sama sekali di dalam Islam.

Selain itu penyelewengan cara pakar bedah yang  ingin mengaut keuntungan dan memuaskan hati pelanggan mereka tanpa mempedulikan hukum hakam dalam agama turut menjadikan cara pembedahan ini juga haram sama sekali di dalam Islam.

Cara pembedahan/rawatan yang betul adalah cara yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Sekiranya salah satu garis panduan yang telah ditetapkan dalam hukum Islam dilanggar, maka cara pembedahan/rawatan ini haram untuk dilakukan.

HURAIAN PERKARA KETIGA : KOMPOSISI RAWATAN

Pembedahan/rawatan untuk masalah ini pasti bukan sesuatu yang mudah dan ubat-ubatan yang digunakan pasti ubat-ubatan yang luar biasa dan jarang digunakan.

Ada fakta menyatakan bahawa pembedahan/rawatan ini boleh melibatkan suntikan bahan-bahan yang diekstrak daripada benda luar seperti contoh ubatan yang diperbuat daripada janin yang digugurkan. Ini adalah haram dan merupakan satu jenayah yang sangat serius.

Penggunaan “Botox” yang boleh membantu dalam menegangkan kulit wajah dan juga membantu dalam melambatkan proses penuaan juga merupakan salah satu kaedah rawatan kecantikkan muka. – Perkara ini telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah HARAM digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis. 

Kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada khinzir.
Mengetahui akan komposisi pembedahan/rawatan  hukumnya menjadi haram diatas sebab penggunaan  bahan yang meragukan dan bersifat najis.
Dan sekalipun komposisi ubat botox itu halal hukumnya tetap haram kerana:

  •        Pengubahan Ciptaan Allah bertujuan menambah Kecantikan .Islam melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik .


Rujuk kembali Surah An-Nisaa ayat 117 hingga 119 

  •      Lebih mendatangkan banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Islam menegah sesuatu perbuatan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.


Walhal di dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut:

"Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat."


3.      Terdapa unsur penipuan. Rujuk huraian perkara kedua : cara.

Pembedahan/rawatan yang mengandungi komposisi yang haram seperti najis ternyata haram untuk digunakan dalam apa jua bentuk pembedahan/rawatan. Ini kerana dia bukan sahaja melibatkan hal penggunaan pengguna malah turut melibatkan hal ibadah pengguna. Sekiranya ubat dihasilkan dari najis seperti khinzir, adakah ibadah si pengguna itu sah disisi Allah? Wallahualam dan bagi komposisi ubat yang tidak haram cara penggunaan bahan tersebut dan kesan  perlu diambil kira secara menyeluruh.


HURAIAN PERKARA KEEMPAT : KESAN

Dapat dibahagikan kepada kesan baik dan buruk

Kesan kepada pesakit
  •           Kekal cantik dan menawan
  •          Proses penuaan dapat dilambatkan

Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Tetapi bagaimana jika kesannya adalah :
1.      Kembali kepada rupa asal selepas mengalami trauma yang teruk
2.      Kecacatan dapat dikurangkan atau di baik pulih semula.
3.      Bahagian badan dapat berfungsi seperti biasa.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

Kesan kepada doktor yang merawat

1.      Peningkatan pendapatan
Hukum berbalik kepada tujuan pembedahan/rawatan, sekiranya dilakukan untuk membaiki kecacatan maka peningkatan pendapatan ini adalah bayaran kepada tenaga kerja doktor yang merawat .
Tetapi sekiranya tujuan pembedahan/rawatan dilakukan untuk kecantikkan, hukumnya salah disisi syariat islam berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan diatas dan boleh dikategorikan sebagai bersubahat di dalam urusan kecantikkan ini.

Kesan buruk kepada pesakit

1.      Ada kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah.
Kebanyakkan pembedahan/rawatan ini mengakibatkan sakit yang berterusan dan kesan-kesan sampingan yang lain yang membawa banyak kemudaratan.
2.      Pembaziran wang beribu-ribu ringgit untuk kecantikkan yang hanya sementara.

Seperti mana yang kita sedia maklum Islam menegah sesuatu perbuatan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan pembaziran pula adalah salah satu daripada sifat syaitan.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan. Salah pemilihan cara menghias diri akan membawa kesan yang buruk kelak, bukan setakat di dunia malah di akhirat juga nanti.


KESIMPULAN

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) . Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud,
 "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)
Manusia pun sentiasa sukakan sesuatu yang cantik. Mahukan pakaian yang cantik, perhiasan yang cantik, suami yang cantik, isteri yang cantik, rumah yang cantik, kereta yang cantik dan macam-macam lagi. Binatang juga sukakan kecantikan, lihatlah burung merak yang kelihatan megah dengan bulunya yang cantik berwarna-warni, malah ayam jantan cuba memperagakan bulu dan badannya yang cantik untuk memikat ayam betina kerana ia tahu bahawa ayam betina sukakan kecantikan.
Cantik dan berhias itu memang dituntut Islam. Islam tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Rasulullah SAW sendiri seorang yang sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah senang mata apabila melihatnya. Sering dituntut malah menjadi kewajipan isteri berhias diri untuk tatapan suami tercinta. Apabila bercerita mengenai cantik dan semua orang hendak cantik, bertepatan pula dengan fitrah manusia yang memang hendak cantik saja dan asal cantik. 
Oleh kerana itulah, pembedahan plastic/rawatan DIBENARKAN jika sekiranya tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, membawa kecacatan kepada bentuk kejadian manusia yang normal dan prestasi kehidupan manusia terganggu.

Tujuan yang TIDAK DIBENARKAN adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan dan pembedahan yang mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

Sayyiduna Abd Allah ibn Mas'ud (ra dengan dia) berkata:

 "Allah telah mengutuk orang-orang wanita yang mengamalkan tatu dan mendapatkan sendiri tatu, dan orang-orang yang membuang rambut dari wajah-wajah mereka, dan orang-orang yang membuat ruang antara gigi buatan mencantikkan diri mereka sendiri. Mereka itu menukar sifat dan ciri-ciri yang dicipta oleh Allah. Rasulullah saw juga mengutuk wanita itu. "(Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam Sahih koleksi masing-masing)

Menurut Sheikh Abdul Bari Elzimzmi – Ulama Islam di Moracco pula,

"Kecantikan dituntut atas dua sebab: satu untuk mencari yang baik dan kedua permintaan untuk memperbaiki imej yang berkaitan urusan dengan kecacatan kongenital dan pembaikan pada badan selepas trauma". 

Merujuk kepada petikan-petikan di atas, jelas mengatakan ahli fiqh (fuqaha) turut mengisytiharkan semua jenis perbuatan ke atas  tubuh badan seseorang untuk menjadi lebih baik adalah menyalahi undang-undang (haram) kecuali apabila Syariah membenarkan untuk berbuat demikian iaitu berdasarkan alasan kesihatan yang kukuh dan bukan berdasarkan alasan kecantikkan.

Bukan itu sahaja sirah juga menceritakan bahawa Rasulullah saw adalah yang pakar bedah plastik islam yang pertama, apabila salah satu pengikut-pengikutnya telah dinamakan sebagai "Abu Qatada," dalam satu penaklukan kehilangan matanya, Nabi Mohamed berkata, "matanya ditempatkan di syurga ", Abu Qatada berkata:" Saya ingin berkahwin, tetapi saya tidak boleh dengan kecacatan ini ", maka Nabi Mohamed melayannya dengan izin Allah swt.

Islam tidak menghalang manusia menikmati keindahan dan kecantikkan,malah Nabi Muhammad berkata: Allah suka kepada keindahan yang indah. Tetapi kecantikkan dan keindahan itu hendaklah kena pada tempatnya.

Dan sebagai doktor pakar bedah kecantikkan muslim pula,

Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah memastikan diri saya benar-benar faham akan indikasi dan masalah yang berkaitan pembedahan plastic dan mempunyai hampir setiap jawapan kepada masalah-masalah ini yang berlandaskan  Al-quran, Sunnah ataupun pendapat para ulama.

Apabila pesakit datang kepada saya dengan hasrat untuk melakukan pembedahan plastic,perkara yang akan saya lihat ialah tujuan/sebab kenapa pesakit meminta untuk pembedahan. Saya akan mengkaji dan mendalami tujuan pesakit, menilai tahap keadaan pesakit dan akan mengklasifikasikan mengikut :
 
Bahagian I: (lebih daripada 60%), apa yang dipanggil pembedahan pelengkap atau rekonstruktif.


Bahagian II: (kira-kira 30%), kumpulan ini termasuklah pesakit yang mempunyai perubahan yang berlaku sebagai hasil daripada perubahan dalam hidup; seperti obesiti,payudara ptosis,atrophi ataupun hipertrophi terutamanya selepas mengandung dan menyusukan bayi, di sini terpaksa menjalankan operasi; untuk mengekalkan perpaduan keluarga dan mengembalikan kesihatan badan yang hilang.

Bahagian  III: (kurang daripada 10%), kumpulan ini termasuklah pesakit yang bertujuan untuk perubahan bahagian yang tidak ada kecacatan yang jelas.Kebanyakan pesakit-pesakit ini tidak dirawat oleh pakar bedah plastik, tetapi oleh ahli psikiatri dan lebih tertumpu kepada bimbingan dan kaunselling.


Setelah mendalami, menilai dan mengklasifikasikan tahap pesakit, seperti contoh Pesakit di bahagian 1 dan 2, saya akan melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah dan bermusyawarah bersama pakar-pakar bedah plastik yang lain akan keadaan si pesakit  dalam mencari cara kaedah rawatan yang terbaik yang tidak melanggar hukum cara yang telah digariskan dalam Islam dan juga gambaran hasil selepas pembedahan.

Hasil daripada  musyawarah dan mendapati pesakit layak untuk pembedahan, sesi kaunselling bersama pesakit akan diadakan. Saya sendiri akan berada bersama pesakit pada hari kaunselling diadakan. Kaunselling adalah bertujuan untuk memberitahu pesakit tujuan, cara pembedahan dan gambaran hasil selepas pembedahan dilakukan.Kaunselling juga berfungsi untuk menyediakan mentaliti pesakit ke hari pembedahan. Selain itu, kaunselling ini juga bertujuan untuk mengingatkan pesakit bahawasanya semua yang dilakukan adalah dengan untuk mencari dan mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Solat sunat hajat bersama pakar-pakar bedah lain dan pesakit sendiri sekiranya pesakit  berkemampuan akan diadakan sebelum pembedahan dilakukan. Kemudian saya akan terus dengan rangka perjalanan pembedahan dan akan memastikan ubat rawatan yang akan saya gunakan keatas pesakit mempunyai komposisi yang halal dan berkesan supaya pesakit dapat kembali kepada kehidupan seharian dan beribadah kepada Allah dengan segera dan di dalam keadaan yang terbaik.

Tetapi sekiranya hasil daripada musyawarah dan mendapati pesakit tidak layak untuk pembedahan, kerana pembedahan yang diinginkan hanya berdasarkan alasan kecantikan dan penambah baikan,pesakit turut akan melalui sesi kaunselling. Sesi kaunselling ini sedikit berbeza kerana tidak bertujuan untuk menceritakan hal pembedahan sebaliknya adalah untuk mengetahui sebab kenapa pesakit memilih untuk melakukan pembedahan. Beberapa sesi kaunselling akan diaturkan buat pesakit dan saya juga akan turut serta bersama pakar kaunselling pada waktu kaunselling diadakan.

Pada ketika ini saya mungkin akan berurusan dengan pelbagai aduan yang selama ini menjadi punca kepada gangguan psikologi pesakit iaitu seperti merasakan alienasi daripada orang lain di sekelilingnya atau dari dirinya sendiri sekali gus menjadi punca kepada kemurungan dan kurang keyakinan diri. Hal ini dilihat terutamanya pada pesakit wanita yang begitu trauma dengan parut jerawat, parut kecil ataupun kedutan-kedutan awal di muka ada juga yang mungkin dengan masalah takut ditinggalkan suami,tidak dipandang lelaki/perempuan ataupun ditinggalkan kawan akibat daripada struktur muka yang tidak menawan  lantas meminta untuk diadakan pembedahan plastic keatas dirinya hal ini juga tidak dikecualikan pada pesakit lelaki.

Oleh itu saya sebagai doktor harus pandai bermain dengan emosi dan perasaan pesakit.

Idea dan nasihat bernas harus diberikan kepada pesakit. Keyakinan diri pesakit harus ditingkatkan.Perubatan cara alternatif mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pesakit  seperti contoh mengesyorkan product kecantikan yang dijamin halal, bermutu tinggi serta berkesan dalam menangani masalah yang dihadapi pesakit. Bukan itu sahaja spa dan rawatan muka secara konservative seperti penggunan ubat/gel  hilang jerawat dan parut di muka mungkin juga dapat membantu.

Sekiranya pesakit risau akan tidak dilihat/menjadi pilihan lelaki/perempuan sekiranya mempunyai struktur wajah yang tidak menawan  dan berjerawat,pendekatan melalui  Al-quran adalah nasihat yang terbaik yang dapat diberi kepada pesakit. Cara pemikiran pesakit perlu dibetulkan dan pesakit perlu diyakinkan bahawa jodoh bukan terletak pada rupa paras seseorang tetapi jodoh itu adalah ketetapan Allah kepada setiap manusia ciptaannya.

Bagi pesakit yang takut tua,ingin kelihatan muda atau ingin mengekalkan bentuk badan  yang menawan,pendekatan dari segi permainan psychologi mungkin dapat membantu seperti menunjukkan contoh wanita-wanita berumur yang masih kelihatan cantik dan gembira tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan, menceritakan hasil/kesan negatif selepas pembedahan kecantikan keatas mereka yang berumur mungkin dapat membuatkan mereka berfikir kembali akan keinginan mereka.

Sesungguhnya, didalam setiap masalah, pendekatan kepada Al-Quran dan Sunnah,Dalil dan Sirah nabi adalah pendekatan paling baik. Hati manusia ini lembut dan cepat berubah apabila dibacakan ayat-ayat Al-quran ataupun diperdengarkan kisah sirah para nabi. Sebagai seorang pakar bedah kecantikan muslim, saya juga harus tahu akan tanggungjawab saya yang bukan sahaja pada masyarakat tetapi paling utama adalah pada Allah. Saya juga perlu bijak dalam mengatakan TIDAK kepada pesakit yang tidak berkelayakkan untuk menjalankan pembedahan plastik dengan tegas dan berhemah tanpa mengguris hati dan perasaan dan menyebabkan pesakit beralih kepada pakar bedah yang lain agar hasratnya dapat dilaksanakan. Sebaik-baiknya adalah mengatakan tidak kepada pesakit tersebut dengan lembut, menukar hasrat dan perspektif pemikiran pesakit dan membuatkan pesakit  lebih faham akan indikasi pembedahan plastic yang sebenarnya dan berharap pesakit tidak akan sekali pun terlintas lagi untuk melakukan pembedahan plastik. Selebihnya hendaklah bertawakkal dan memohon petunjuk daripada Allah.

Fadhlin Abdul Hamid  Year 4



Jawapan 2 :

Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan RasulNya, pertama sekali saya akan menilai situasi tersebut. Dan menerangkan sebaik mungkin kepada pesakit dengan akhlak-akhlak contoh dari Rasulullah kefahaman saya.

1.Muamalah atau ibadah?

Pembedahan ialah 1 perkara muamalah/bersifat duniawi, bukannya ibadat. Jadi hukumnya secara asalnya adalah harus/mubah.

Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:

Terjemahan: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakal dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”. (Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/198)

Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:

Terjemahan: “Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa pembedahan hukum asalnya ialah mubah tetapi boleh jadi haram jika terdapat DALIL dari quran dan sunnah yang mengharamkannya. Sesudah memahami hakikat
yang pembedahan ialah perkara muamalah dan hukum asal perkara muamalah ialah mubah, kita perlu tahu pula apa itu yang dimaksudkan dengan pembedahan plastic?

2.Apa itu pembedahan plastic?

Pembedahan plastic ialah perubatan khusus yang berkenaan dengan pembetulan atau pemulihan bentuk dan fungsi. Walaupun pembedahan kosmetik atau estetik adalah jenis pembedahan plastic yang paling terkenal, terdapat juga pembedahan plastik yang tidak kosmetik: pembedahan mikro, rawatan terbakar dan sebagainya.

Maka, dalam kes ini, pembedahan plastic boleh kita katakan mempunyai tujuan:
i. mencantikkan muka yang sedia ada normal
ii.membaiki kerosakan

3.Apakah dibolehkan mencantikkan muka dengan mengubahnya secara tetap/permanent dalam islam?

Berikut merupakan dalil yang mengharamkan merubah kejadian/ciptaan Allah:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.’ ” [An-Nisa:117-119]

Ayat ini datang sebagai kecaman (dzamm) atas perbuatan syaitan yang selalu mengajak manusia untuk melakukan berbagai perbuatan maksiat di antaranya adalah mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqiiah). Pembedahan plastik untuk menipercantik diri termasuk dalam pengertian mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya haram. [Mukhtar asy-Syinqithi,  JirahahAl-Thibbyah, hal. 19].

Selain ¡tu, terdapat hadis Nabi SAW yang melaknat perempuan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan.

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." [Riwayat Thabarani]

Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis ini ada isyarat bahawa yang haram adalah yang dilakukan untuk mencari kecantikan. Adapun kalau ¡tu diperlukan untuk pengubatan atan kerana cacat pada gigi, maka tidak apa-apa.”[Imam Nawawi, Syarah Muslim: 7/24 1]. Maka dan ¡tu, pembedahan plastik untuk mempencantik diri hukumnya adalah haram.

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.

Kesimpulan: pembedahan plastic tanpa sebab-sebab penting sebab tujuan mengubat dan sebagainya, dan berniat untuk mencantikkan muka yang sedia ada normal hukumnya haram.

4.Bolehkah pembedahan plastic menjadi harus dalam keadaan-keadaan tertentu?

Ya boleh. Ini dikeranakan terdapat beberapa dalil yang menyarankan asalkan terdapat ‘ilah/sebab yang munasabah.

Pembedahan plastik yang mubah adalah yang bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-’uyub al-khalqi)yah) seperti bibir sumbing atau cacat yang datang kemudian (al-’uyub al-tharl’ah) akibat kemalangan, kebakaran, dan sebagainya.

Pembedahan plastik untuk meinperbaiki cacat yang demikian ini hukunmya adalah mubah, berdasarkan keumuman hukum yang menganjurkan untuk berubat (al-tadawiy). Nabí SAW bersabda,

Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya.” [HR Bukhari, no.5246].

“Wahai hamba-hamba Allah berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali menurunkan pula ubatnya.” [NR Tirmidzi,no.1961].

Kata tokoh terkenal Dr Yusuf al-Qardhawi:
"Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" [Al-Halal wal Haram Fil Islam /halal dan haram di dalam islam]

Kesimpulan secara keseluruhannya, hukum asal pembedahan adalah mubah/harus. Adapun hukum bagi pembedahan plastic ialah haram jika bukan dengan tujuan perubatan tetapi semata-mata kerana tujuan mencantikkan wajah semata-mata. Takutkan Allah, ikuti suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Allahu a’lam.

Muhammad Rafiuddin Hamizan