Kuiz Fiqh Medic No.4 Disember 2011
Menghilangkan jeragat pada wajah termasuk hajiat yakni ia bukan mencantikkan wajah tapi menghilangkan aib dan keburukan pada wajah dan mengembalikan wajah kepada bentuk yang asal. Maka rawatan menghilangkan jeragat adalah HARUS kerana ia umum dari hadith yg memerintahkan rawatan.
Terjemahnya: dari Jabir
"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat itu berjaya mengalahkan penyakit, maka belakulah penyembuhan dengan izin Allah AWJ." [sahih, Muslim, 2204]
Kemudian dilihat pula akan alatnya,yakni laser. Islam hanya mencegah alat atau bahan rawatan yang diambil dari najis. Laser hanyalah cahaya dan ia bukan najis, maka ia kembali pada hukum asal, yakni harus.
Imam Abu Daud, Imam Nasa'i dan Imam Tirmidhi dalam koleksi masing-masing, bahawa sahabat dengan nama Arfajah ibn Aswad telah hidungnya rosak dalam pertempuran kulab. Beliau menggantikan pertama dengan perak, dan kemudian dengan hidung yang diperbuat daripada emas, dengan perintah dan persetujuan Rasulullah.
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
"Kecantikan dituntut atas dua sebab: satu untuk mencari yang baik dan kedua permintaan untuk memperbaiki imej yang berkaitan urusan dengan kecacatan kongenital dan pembaikan pada badan selepas trauma".
Islam tidak menghalang manusia menikmati keindahan dan kecantikkan,malah Nabi Muhammad berkata: Allah suka kepada keindahan yang indah. Tetapi kecantikkan dan keindahan itu hendaklah kena pada tempatnya.
Bahagian II: (kira-kira 30%), kumpulan ini termasuklah pesakit yang mempunyai perubahan yang berlaku sebagai hasil daripada perubahan dalam hidup; seperti obesiti,payudara ptosis,atrophi ataupun hipertrophi terutamanya selepas mengandung dan menyusukan bayi, di sini terpaksa menjalankan operasi; untuk mengekalkan perpaduan keluarga dan mengembalikan kesihatan badan yang hilang.
Seorang pesakit telah datang kepada anda dan ingin melakukan pembedahan
mencantikkan MUKA dengan cara menegangkannya.
- Apakah hukum di dalam Islam mengenai pembedahan kecantikan?
- Apakah tindakan yang anda akan lakukan sebagai seorang doktor muslim?
TAHNIAH!
Fadhlin Abdul Hamid
Year 4
Muhammad Rafiuddin Hamizan
Year 5
Jawapan 1 :
Kecantikan pada saya adalah
satu seni dan keinginan setiap manusia, ia bukan sahaja untuk wanita tetapi
juga untuk lelaki dan saya pasti setiap manusia ciptaan Allah mahu kelihatan
cantik. Oleh kerana itu manusia yang mahu kelihatan cantik ini dapat
diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan masing-masing, ada
yang bertujuan untuk kecantikan bagi rakan-rakan mereka, ada pula untuk
kepuasan diri dan selebihnya adalah untuk mencapai kesempurnaan. Tujuan mereka
ini lah yang menjadi tanda tanya pada persoalan ini.
Rawatan wajah digolongkan
kepada tiga kategori:
- Tahsiniat (merawat wajah supaya kelihatan lebih anggun dan cantik),
- Hajiat (operasi rawatan wajah kerana hajat yg mendesak kerana ia bertujuan menghilangkan kesempitan dan kesukaran)
- Dharuriyat (operasi rawatan kerana darurat (kesulitan yang amat sangat yang membawa mudarat kepada manusia)
Perkara yang perlu diambil
kira jika seseorang menginginkan pembedahan adalah.
1.sebab/tujuan kenapa
dia menginginkan pembedahan tersebut.
2. cara
pembedahan/rawatan yang akan dijalankan.
3.komposisi pembedahan/rawatan
4. kesan daripada
pembedahan/rawatan yang dijalankan.
HURAIAN PERKARA PERTAMA :
TUJUAN/SEBAB
Sekiranya pesakit bertujuan menggunakan laser untuk
menghilangkan jeragat di muka.
Menghilangkan jeragat pada wajah termasuk hajiat yakni ia bukan mencantikkan wajah tapi menghilangkan aib dan keburukan pada wajah dan mengembalikan wajah kepada bentuk yang asal. Maka rawatan menghilangkan jeragat adalah HARUS kerana ia umum dari hadith yg memerintahkan rawatan.
لكل داء دواء
. فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله عز وجل
Terjemahnya: dari Jabir
"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat itu berjaya mengalahkan penyakit, maka belakulah penyembuhan dengan izin Allah AWJ." [sahih, Muslim, 2204]
Kemudian dilihat pula akan alatnya,yakni laser. Islam hanya mencegah alat atau bahan rawatan yang diambil dari najis. Laser hanyalah cahaya dan ia bukan najis, maka ia kembali pada hukum asal, yakni harus.
Untuk pesakit
yang datang dengan tujuan membaiki kecacatan yang teruk eg: hidung rosak, parut
yang memalukan dan lain-lain, maka untuk melakukan pembedahan kosmetik akan
menjadi DIBENARKAN
Imam Abu Daud, Imam Nasa'i dan Imam Tirmidhi dalam koleksi masing-masing, bahawa sahabat dengan nama Arfajah ibn Aswad telah hidungnya rosak dalam pertempuran kulab. Beliau menggantikan pertama dengan perak, dan kemudian dengan hidung yang diperbuat daripada emas, dengan perintah dan persetujuan Rasulullah.
(Ref: Imam al-Aini al-Hanafi, Umdat al-Qari, syarh
Sahih al-Bukhari, Cairo : daar al-Tiba'ah,
(2/193), al-hafidz Ibn alJauzi, ahkam al-Nisaa', Beirut : daar al-kutub al-ilmiyah (2/341).
Jadi, sekiranya
seseorang mempunyai sisihan atau kelengkungan hidung, bagaimanapun, asal-usul
makhluk hidung perlu semulajadi yang harmoni, jadi, kita boleh membentuk semula
hidungnya (Rhinoplasty). Dalam keadaan ini, kita tidak mengubah apa-apa
dalam hidung yang diwujudkan tetapi kita mendapatkan kembali bentuk asal.
Bagaimana pula untuk
pesakit yang datang kerana kecantikkan dan penambah baikkan?
Pembedahan kosmetik untuk tujuan
mencantikkan diri sendiri TIDAK DIBENARKAN.
Badan yang diberikan kepada kita
oleh pencipta kita adalah amanah, oleh itu ia adalah menyalahi undang-undang
untuk mengganggu dalam apa-apa cara. Jika
seseorang berbuat demikian, seseorang itu akan melakukan dosa. "mengubah
ciri-ciri yang dicipta oleh Allah" (taghyir khalq Allah).
Dalil yang mengharamkan
pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117
hingga 119 surah an-Nisa’ iaitu Allah berfirman yang bermaksud:
"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya
berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan
syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, 'Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian
yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku
akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka
benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah
ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang
menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia
menderita kerugian yang nyata."
Ulama tafsir memiliki tiga
pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah
ditetapkan Allah’ iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia;
mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari
sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan
Allah serta sebaliknya.
Berdasarkan
beberapa contoh tujuan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat keadaan di mana pembedahan plastik boleh
diterima dan terdapat juga beberapa keadaan yang menjadikan pembedahan plastic
ini haram sama sekali.
Allah
telah berfirman dalam al-Quran surah At-Tin ayat 4:
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
Sungguh Allah
telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik penciptaan, tetapi sebagai hasil
daripada masalah atau penyakit tertentu yang mungkin menjadi punca kepada
hilangnya sebahagian bentuk atau fungsi, di sini pakar bedah plastik boleh
membina semula bahagian-bahagian ini untuk mendapatkan kembali bentuk
semulajadi dan fungsi mereka.
HURAIAN PERKARA
KEDUA : CARA
Islam
menggariskan beberapa peraturan yg membolehkan untuk melakukan rawatan atau
operasi kecantikan iaitu:
i) Tidak mencantikkan hingga merubah ciptaan Allah
ii) Tidak memudharatkan diri
iii) Kecantikan bukan bertujuan litadlis (mengabui mata orang ramai)
iv) Tidak berlaku pembaziran (kos rawatan/operasi)
v) Tidak menggunakan bahan atau alat yg mengandungi najis
vi) Tidak membawa kepada persamaan gender (lelaki)
vii) Tidak tasyabbuh (penyerupaan) dgn orang kafir atau fasiq.
viii) Kecantikan wanita hanya utk suami sahaja
(Ref: Ibn Qudamah, al-Mughni wa Syarh al-Kabir, Daar al-Fikr,)
i) Tidak mencantikkan hingga merubah ciptaan Allah
ii) Tidak memudharatkan diri
iii) Kecantikan bukan bertujuan litadlis (mengabui mata orang ramai)
iv) Tidak berlaku pembaziran (kos rawatan/operasi)
v) Tidak menggunakan bahan atau alat yg mengandungi najis
vi) Tidak membawa kepada persamaan gender (lelaki)
vii) Tidak tasyabbuh (penyerupaan) dgn orang kafir atau fasiq.
viii) Kecantikan wanita hanya utk suami sahaja
(Ref: Ibn Qudamah, al-Mughni wa Syarh al-Kabir, Daar al-Fikr,)
Manakala syarat pembedahan
kosmetik dibenarkan Islam pula adalah:
1.
Memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk
melakukan pembedahan
2.
Untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat
lain
3.
Mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang
itu
4.
Doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa
risiko bahaya dan mudarat
5. Mendapat persetujuan pesakit dan
wali.
Selagi cara-cara yang diguna
pakai oleh pakar bedah/pesakit tidak
diselewengkan dan bertepatan dengan tujuan pembedahan plastic dan maka
pembedahan plastic in HARUS dan boleh dilakukan. Tetapi
sekiranya cara pakar bedah/pesakit diselewengkan seperti contoh:
Penyelewengan cara oleh pasakit iaitu
mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam seperti menukarkan wajah yang
tua kepada muda.
Hal larangan penipuan seperti
ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW,
“Tukarlah ia (warna rambut, janggut dan misai
) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
Hadith larangan ini
menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan
bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang
oleh Islam. Dan cara ini HARAM sama sekali di dalam Islam.
Selain itu penyelewengan cara pakar bedah yang ingin mengaut keuntungan dan memuaskan hati pelanggan mereka
tanpa mempedulikan hukum hakam dalam agama turut menjadikan cara pembedahan ini
juga haram sama sekali di dalam Islam.
Cara pembedahan/rawatan yang
betul adalah cara yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam hukum
Islam. Sekiranya salah satu garis panduan yang telah ditetapkan dalam hukum
Islam dilanggar, maka cara pembedahan/rawatan ini haram untuk dilakukan.
HURAIAN PERKARA KETIGA :
KOMPOSISI RAWATAN
Pembedahan/rawatan untuk
masalah ini pasti bukan sesuatu yang mudah dan ubat-ubatan yang digunakan pasti
ubat-ubatan yang luar biasa dan jarang digunakan.
Ada fakta menyatakan
bahawa pembedahan/rawatan ini boleh melibatkan suntikan bahan-bahan yang diekstrak daripada benda luar seperti contoh
ubatan yang diperbuat daripada janin yang digugurkan. Ini adalah haram dan merupakan satu jenayah yang sangat
serius.
Penggunaan “Botox”
yang boleh membantu dalam
menegangkan kulit wajah dan juga membantu dalam melambatkan proses penuaan juga
merupakan salah satu kaedah rawatan kecantikkan muka. – Perkara ini
telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di Muzakarah mereka kali ke-74
bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum
Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah HARAM digunakan
kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.
Kajian mendapati
botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada
khinzir.
Mengetahui akan
komposisi pembedahan/rawatan hukumnya
menjadi haram diatas sebab penggunaan
bahan yang meragukan dan bersifat najis.
Dan sekalipun
komposisi ubat botox itu halal hukumnya tetap haram kerana:
- Pengubahan Ciptaan Allah bertujuan menambah Kecantikan .Islam melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik .
Rujuk kembali Surah An-Nisaa ayat 117 hingga 119
- Lebih mendatangkan banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Islam menegah sesuatu perbuatan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Walhal di dalam Islam,
terdapat dalil yang menyebut:
"Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas
mudarat."
3.
Terdapa unsur penipuan. Rujuk huraian perkara kedua : cara.
Pembedahan/rawatan
yang mengandungi komposisi yang haram seperti najis ternyata haram untuk
digunakan dalam apa jua bentuk pembedahan/rawatan. Ini kerana dia bukan sahaja
melibatkan hal penggunaan pengguna malah turut melibatkan hal ibadah pengguna. Sekiranya
ubat dihasilkan dari najis seperti khinzir, adakah ibadah si pengguna itu sah
disisi Allah? Wallahualam dan bagi komposisi ubat yang tidak haram cara
penggunaan bahan tersebut dan kesan perlu diambil kira secara menyeluruh.
HURAIAN PERKARA
KEEMPAT : KESAN
Dapat dibahagikan
kepada kesan baik dan buruk
Kesan kepada pesakit
- Kekal cantik dan menawan
- Proses penuaan dapat dilambatkan
Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan
RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan
Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan
hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih
mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada
rohani.
Tetapi bagaimana jika
kesannya adalah :
1. Kembali
kepada rupa asal selepas mengalami trauma yang teruk
2. Kecacatan
dapat dikurangkan atau di baik pulih semula.
3. Bahagian
badan dapat berfungsi seperti biasa.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
menyebut :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Kesan kepada doktor yang merawat
1. Peningkatan
pendapatan
Hukum berbalik kepada tujuan pembedahan/rawatan, sekiranya dilakukan
untuk membaiki kecacatan maka peningkatan pendapatan ini adalah bayaran kepada
tenaga kerja doktor yang merawat .
Tetapi sekiranya tujuan pembedahan/rawatan dilakukan untuk kecantikkan,
hukumnya salah disisi syariat islam berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan
diatas dan boleh dikategorikan sebagai bersubahat di dalam urusan kecantikkan
ini.
Kesan buruk kepada pesakit
1.
Ada kemungkinan ia akan menimbulkan kesan
sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak
bertauliah.
Kebanyakkan
pembedahan/rawatan ini mengakibatkan sakit yang berterusan dan kesan-kesan
sampingan yang lain yang membawa banyak kemudaratan.
2. Pembaziran wang beribu-ribu ringgit
untuk kecantikkan yang hanya sementara.
Seperti mana yang kita sedia
maklum Islam menegah sesuatu
perbuatan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan pembaziran pula
adalah salah satu daripada sifat syaitan.
Islam tidak
menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri,
namun ia perlu mengikut cara dibenarkan. Salah pemilihan cara menghias diri
akan membawa kesan yang buruk kelak, bukan setakat di dunia malah di akhirat
juga nanti.
KESIMPULAN
Rasulullah SAW
menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah
hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya
Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) . Allah
sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian
yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud,
"Wahai
anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu
ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula
kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang
berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah
Al-A'raaf, ayat 31)
Manusia pun
sentiasa sukakan sesuatu yang cantik. Mahukan pakaian yang cantik, perhiasan
yang cantik, suami yang cantik, isteri yang cantik, rumah yang cantik, kereta
yang cantik dan macam-macam lagi. Binatang juga sukakan kecantikan, lihatlah
burung merak yang kelihatan megah dengan bulunya yang cantik berwarna-warni,
malah ayam jantan cuba memperagakan bulu dan badannya yang cantik untuk memikat
ayam betina kerana ia tahu bahawa ayam betina sukakan kecantikan.
Cantik dan
berhias itu memang dituntut Islam. Islam tidak suka umatnya selekeh, kusut
masai dan tidak terurus. Rasulullah SAW sendiri seorang yang sangat kemas,
kacak dan menarik sekali, malah senang mata apabila melihatnya. Sering dituntut
malah menjadi kewajipan isteri berhias diri untuk tatapan suami tercinta. Apabila
bercerita mengenai cantik dan semua orang hendak cantik, bertepatan pula dengan
fitrah manusia yang memang hendak cantik saja dan asal cantik.
Oleh kerana
itulah, pembedahan plastic/rawatan DIBENARKAN jika sekiranya tidak
dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, membawa kecacatan
kepada bentuk kejadian manusia yang normal dan prestasi kehidupan manusia
terganggu.
Tujuan yang TIDAK DIBENARKAN adalah untuk
kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan dan pembedahan yang mendatangkan
lebih bahaya dan memudaratkan.
Sayyiduna Abd Allah ibn Mas'ud (ra
dengan dia) berkata:
"Allah
telah mengutuk orang-orang wanita yang mengamalkan tatu dan mendapatkan sendiri
tatu, dan orang-orang yang membuang rambut dari wajah-wajah mereka, dan
orang-orang yang membuat ruang antara gigi buatan mencantikkan diri mereka sendiri. Mereka itu menukar sifat dan ciri-ciri yang
dicipta oleh Allah. Rasulullah saw juga
mengutuk wanita itu. "(Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim
dalam Sahih koleksi masing-masing)
Menurut Sheikh Abdul Bari
Elzimzmi – Ulama Islam di Moracco pula,
"Kecantikan dituntut atas dua sebab: satu untuk mencari yang baik dan kedua permintaan untuk memperbaiki imej yang berkaitan urusan dengan kecacatan kongenital dan pembaikan pada badan selepas trauma".
Merujuk kepada petikan-petikan di
atas, jelas mengatakan ahli fiqh (fuqaha) turut mengisytiharkan semua jenis
perbuatan ke atas tubuh badan seseorang
untuk menjadi lebih baik adalah menyalahi undang-undang (haram) kecuali apabila
Syariah membenarkan untuk berbuat demikian iaitu berdasarkan alasan kesihatan yang
kukuh dan bukan berdasarkan alasan kecantikkan.
Bukan itu sahaja sirah juga
menceritakan bahawa Rasulullah saw adalah yang pakar bedah plastik islam yang
pertama, apabila salah satu pengikut-pengikutnya telah dinamakan sebagai
"Abu Qatada," dalam satu penaklukan kehilangan matanya, Nabi Mohamed
berkata, "matanya ditempatkan di syurga ", Abu Qatada
berkata:" Saya ingin berkahwin, tetapi saya tidak boleh dengan kecacatan
ini ", maka Nabi Mohamed melayannya dengan izin Allah swt.
Islam tidak menghalang manusia menikmati keindahan dan kecantikkan,malah Nabi Muhammad berkata: Allah suka kepada keindahan yang indah. Tetapi kecantikkan dan keindahan itu hendaklah kena pada tempatnya.
Dan sebagai doktor pakar bedah
kecantikkan muslim pula,
Perkara pertama yang akan saya
lakukan adalah memastikan diri saya benar-benar faham akan indikasi dan masalah
yang berkaitan pembedahan plastic dan mempunyai hampir setiap jawapan kepada
masalah-masalah ini yang berlandaskan
Al-quran, Sunnah ataupun pendapat para ulama.
Apabila
pesakit datang kepada saya dengan hasrat untuk melakukan pembedahan
plastic,perkara yang akan saya lihat ialah tujuan/sebab kenapa pesakit meminta
untuk pembedahan. Saya akan mengkaji dan mendalami tujuan pesakit, menilai
tahap keadaan pesakit dan akan mengklasifikasikan mengikut :
Bahagian I:
(lebih daripada 60%), apa yang dipanggil pembedahan pelengkap atau
rekonstruktif.
Bahagian II: (kira-kira 30%), kumpulan ini termasuklah pesakit yang mempunyai perubahan yang berlaku sebagai hasil daripada perubahan dalam hidup; seperti obesiti,payudara ptosis,atrophi ataupun hipertrophi terutamanya selepas mengandung dan menyusukan bayi, di sini terpaksa menjalankan operasi; untuk mengekalkan perpaduan keluarga dan mengembalikan kesihatan badan yang hilang.
Bahagian III: (kurang daripada 10%),
kumpulan ini termasuklah pesakit yang bertujuan untuk perubahan bahagian yang
tidak ada kecacatan yang jelas.Kebanyakan pesakit-pesakit ini tidak dirawat
oleh pakar bedah plastik, tetapi oleh ahli psikiatri dan lebih tertumpu kepada
bimbingan dan kaunselling.
Setelah
mendalami, menilai dan mengklasifikasikan tahap pesakit, seperti contoh Pesakit
di bahagian 1 dan 2, saya akan melakukan solat istikharah memohon petunjuk
daripada Allah dan bermusyawarah bersama pakar-pakar bedah plastik yang lain
akan keadaan si pesakit dalam mencari
cara kaedah rawatan yang terbaik yang tidak melanggar hukum cara yang telah
digariskan dalam Islam dan juga gambaran hasil selepas pembedahan.
Hasil daripada
musyawarah dan mendapati pesakit layak untuk pembedahan, sesi
kaunselling bersama pesakit akan diadakan. Saya sendiri akan berada bersama
pesakit pada hari kaunselling diadakan. Kaunselling adalah bertujuan untuk
memberitahu pesakit tujuan, cara pembedahan dan gambaran hasil selepas
pembedahan dilakukan.Kaunselling juga berfungsi untuk menyediakan mentaliti
pesakit ke hari pembedahan. Selain itu, kaunselling ini juga bertujuan untuk mengingatkan
pesakit bahawasanya semua yang dilakukan adalah dengan untuk mencari dan
mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Solat sunat hajat bersama pakar-pakar
bedah lain dan pesakit sendiri sekiranya pesakit berkemampuan akan diadakan sebelum pembedahan
dilakukan. Kemudian saya akan terus dengan rangka perjalanan pembedahan dan
akan memastikan ubat rawatan yang akan saya gunakan keatas pesakit mempunyai
komposisi yang halal dan berkesan supaya pesakit dapat kembali kepada kehidupan
seharian dan beribadah kepada Allah dengan segera dan di dalam keadaan yang terbaik.
Tetapi
sekiranya hasil daripada musyawarah dan mendapati pesakit tidak layak untuk
pembedahan, kerana pembedahan yang diinginkan hanya berdasarkan alasan
kecantikan dan penambah baikan,pesakit turut akan melalui sesi kaunselling.
Sesi kaunselling ini sedikit berbeza kerana tidak bertujuan untuk menceritakan
hal pembedahan sebaliknya adalah untuk mengetahui sebab kenapa pesakit memilih
untuk melakukan pembedahan. Beberapa sesi kaunselling akan diaturkan buat
pesakit dan saya juga akan turut serta bersama pakar kaunselling pada waktu
kaunselling diadakan.
Pada
ketika ini saya mungkin akan berurusan dengan pelbagai aduan yang selama ini menjadi
punca kepada gangguan psikologi pesakit iaitu seperti merasakan alienasi
daripada orang lain di sekelilingnya atau dari dirinya sendiri sekali gus
menjadi punca kepada kemurungan dan kurang keyakinan diri. Hal ini dilihat
terutamanya pada pesakit wanita yang begitu trauma dengan parut jerawat, parut
kecil ataupun kedutan-kedutan awal di muka ada juga yang mungkin dengan masalah
takut ditinggalkan suami,tidak dipandang lelaki/perempuan ataupun ditinggalkan
kawan akibat daripada struktur muka yang tidak menawan lantas meminta untuk diadakan pembedahan
plastic keatas dirinya hal ini juga tidak dikecualikan pada pesakit lelaki.
Oleh itu
saya sebagai doktor harus pandai bermain dengan emosi dan perasaan pesakit.
Idea dan
nasihat bernas harus diberikan kepada pesakit. Keyakinan diri pesakit harus
ditingkatkan.Perubatan cara alternatif mungkin sedikit sebanyak dapat membantu
pesakit seperti contoh mengesyorkan
product kecantikan yang dijamin halal, bermutu tinggi serta berkesan dalam
menangani masalah yang dihadapi pesakit. Bukan itu sahaja spa dan rawatan muka
secara konservative seperti penggunan ubat/gel
hilang jerawat dan parut di muka mungkin juga dapat membantu.
Sekiranya
pesakit risau akan tidak dilihat/menjadi pilihan lelaki/perempuan sekiranya
mempunyai struktur wajah yang tidak menawan
dan berjerawat,pendekatan melalui
Al-quran adalah nasihat yang terbaik yang dapat diberi kepada pesakit.
Cara pemikiran pesakit perlu dibetulkan dan pesakit perlu diyakinkan bahawa
jodoh bukan terletak pada rupa paras seseorang tetapi jodoh itu adalah
ketetapan Allah kepada setiap manusia ciptaannya.
Bagi
pesakit yang takut tua,ingin kelihatan muda atau ingin mengekalkan bentuk
badan yang menawan,pendekatan dari segi
permainan psychologi mungkin dapat membantu seperti menunjukkan contoh
wanita-wanita berumur yang masih kelihatan cantik dan gembira tanpa perlu
melakukan sebarang pembedahan, menceritakan hasil/kesan negatif selepas
pembedahan kecantikan keatas mereka yang berumur mungkin dapat membuatkan
mereka berfikir kembali akan keinginan mereka.
Sesungguhnya,
didalam setiap masalah, pendekatan kepada Al-Quran dan Sunnah,Dalil dan Sirah
nabi adalah pendekatan paling baik. Hati manusia ini lembut dan cepat berubah
apabila dibacakan ayat-ayat Al-quran ataupun diperdengarkan kisah sirah para
nabi. Sebagai seorang pakar bedah kecantikan muslim, saya juga harus tahu akan
tanggungjawab saya yang bukan sahaja pada masyarakat tetapi paling utama adalah
pada Allah. Saya juga perlu bijak dalam mengatakan TIDAK kepada pesakit yang
tidak berkelayakkan untuk menjalankan pembedahan plastik dengan tegas dan
berhemah tanpa mengguris hati dan perasaan dan menyebabkan pesakit beralih
kepada pakar bedah yang lain agar hasratnya dapat dilaksanakan. Sebaik-baiknya
adalah mengatakan tidak kepada pesakit tersebut dengan lembut, menukar hasrat
dan perspektif pemikiran pesakit dan membuatkan pesakit lebih faham akan indikasi pembedahan plastic
yang sebenarnya dan berharap pesakit tidak akan sekali pun terlintas lagi untuk
melakukan pembedahan plastik. Selebihnya hendaklah bertawakkal dan memohon
petunjuk daripada Allah.
Fadhlin Abdul Hamid Year 4
Jawapan 2 :
Sebagai seorang muslim yang beriman kepada
Allah dan RasulNya, pertama sekali saya akan menilai situasi tersebut. Dan
menerangkan sebaik mungkin kepada pesakit dengan akhlak-akhlak contoh dari
Rasulullah kefahaman saya.
1.Muamalah atau ibadah?
Pembedahan ialah 1 perkara
muamalah/bersifat duniawi, bukannya ibadat. Jadi hukumnya secara asalnya adalah
harus/mubah.
Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:
Terjemahan: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakal
dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam
al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil
syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama ialah
waqf (berhenti pada dalil)”. (Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/198)
Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:
Terjemahan: “Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa
ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak
thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah
kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh
mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak
dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Maka dapat disimpulkan di sini bahawa
pembedahan hukum asalnya ialah mubah tetapi boleh jadi haram jika terdapat
DALIL dari quran dan sunnah yang mengharamkannya. Sesudah memahami hakikat
yang pembedahan ialah perkara muamalah dan hukum asal perkara muamalah ialah mubah, kita perlu tahu pula apa itu yang dimaksudkan dengan pembedahan plastic?
yang pembedahan ialah perkara muamalah dan hukum asal perkara muamalah ialah mubah, kita perlu tahu pula apa itu yang dimaksudkan dengan pembedahan plastic?
2.Apa itu pembedahan plastic?
Pembedahan plastic ialah perubatan khusus
yang berkenaan dengan pembetulan atau pemulihan bentuk dan fungsi. Walaupun
pembedahan kosmetik atau estetik adalah jenis pembedahan plastic yang paling
terkenal, terdapat juga pembedahan plastik yang tidak kosmetik: pembedahan
mikro, rawatan terbakar dan sebagainya.
Maka, dalam kes
ini, pembedahan plastic boleh kita katakan mempunyai tujuan:
i. mencantikkan muka yang sedia ada normal
i. mencantikkan muka yang sedia ada normal
ii.membaiki
kerosakan
3.Apakah dibolehkan mencantikkan muka
dengan mengubahnya secara tetap/permanent dalam islam?
Berikut merupakan dalil yang mengharamkan
merubah kejadian/ciptaan Allah:
"Apa yang mereka sembah selain
daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah
melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu
(untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka
(daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan
angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan
binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan
menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.’ ” [An-Nisa:117-119]
Ayat ini datang sebagai kecaman (dzamm)
atas perbuatan syaitan yang selalu mengajak manusia untuk melakukan berbagai
perbuatan maksiat di antaranya adalah mengubah ciptaan Allah (taghyir
khalqiiah). Pembedahan plastik untuk menipercantik diri termasuk dalam
pengertian mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya haram. [Mukhtar
asy-Syinqithi, JirahahAl-Thibbyah, hal.
19].
Selain ¡tu, terdapat hadis Nabi SAW yang
melaknat perempuan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan.
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan
yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir
giginya." [Riwayat Thabarani]
Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis ini ada
isyarat bahawa yang haram adalah yang dilakukan untuk mencari kecantikan.
Adapun kalau ¡tu diperlukan untuk pengubatan atan kerana cacat pada gigi, maka
tidak apa-apa.”[Imam Nawawi, Syarah Muslim: 7/24 1]. Maka dan ¡tu, pembedahan
plastik untuk mempencantik diri hukumnya adalah haram.
Ulama tafsir memiliki tiga pendapat
mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan
Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah
tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan
dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta
sebaliknya.
Kesimpulan: pembedahan plastic tanpa
sebab-sebab penting sebab tujuan mengubat dan sebagainya, dan berniat untuk
mencantikkan muka yang sedia ada normal hukumnya haram.
4.Bolehkah pembedahan plastic menjadi harus
dalam keadaan-keadaan tertentu?
Ya boleh. Ini dikeranakan terdapat beberapa
dalil yang menyarankan asalkan terdapat ‘ilah/sebab yang munasabah.
Pembedahan plastik yang mubah adalah yang
bertujuan untuk memperbaiki cacat sejak lahir (al-’uyub al-khalqi)yah) seperti
bibir sumbing atau cacat yang datang kemudian (al-’uyub al-tharl’ah) akibat
kemalangan, kebakaran, dan sebagainya.
Pembedahan plastik untuk meinperbaiki cacat
yang demikian ini hukunmya adalah mubah, berdasarkan keumuman hukum yang
menganjurkan untuk berubat (al-tadawiy). Nabí SAW bersabda,
“Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya.” [HR Bukhari, no.5246].
“Wahai hamba-hamba Allah berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali menurunkan pula ubatnya.” [NR Tirmidzi,no.1961].
“Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, kecuali Allah menurunkan pula ubatnya.” [HR Bukhari, no.5246].
“Wahai hamba-hamba Allah berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali menurunkan pula ubatnya.” [NR Tirmidzi,no.1961].
Kata tokoh terkenal Dr Yusuf al-Qardhawi:
"Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" [Al-Halal wal Haram Fil Islam /halal dan haram di dalam islam]
"Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" [Al-Halal wal Haram Fil Islam /halal dan haram di dalam islam]
Kesimpulan secara keseluruhannya, hukum
asal pembedahan adalah mubah/harus. Adapun hukum bagi pembedahan plastic ialah
haram jika bukan dengan tujuan perubatan tetapi semata-mata kerana tujuan
mencantikkan wajah semata-mata. Takutkan Allah, ikuti suruhanNya dan jauhilah
laranganNya. Allahu a’lam.
Muhammad Rafiuddin Hamizan