Sunday, November 20, 2011

Pemenang Kuiz Fiqh Medik

Kuiz Fiqh Medik No.2/November.

TAHNIAH!

Pemenang Pertama
Mohamad Azhari Bin Ruslan
(Year 2)

Pemenang Kedua
Mohamad Fahrurrazi Abbas
(Year 5)


Soalan:

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, anda telah ditugaskan untuk menyertai program Derma Darah. Dalam kalangan penderma yang hadir untuk menderma darah, telah datang kepada anda seorang beragama Islam dan bertanya kepada anda: Bolehkah saya yang berpuasa ini menderma darah? Adakah ia akan membatalkan puasa saya?


Jawapan Pemenang Pertama:


Baik, bagi menjawab soalan ini, perlu untuk kita mengetahui bahwa masalah yang timbul ini ialah masalah furu’iyyah  iaitu perkara perkara perkara cabang amaliyyah. Perkara furu’(cabang) dalam syariyat islam  ini timbul disebabkan daripada  ijtihad ,para ulama’ fuqaha  kerana perkara  yang berbangkit pada zaman ini tidak berlaku secara jelas (sharih) semasa Zaman Nabi Muhammad SAW dan Ahlul salafussoleh.

Perkara furu’ adalah perkara ranting dalam pohon syariat .Ia merupakan perincian para ulama’ mujtahidin terhadap tata cara ibadah dalam islam. Didefinesikan perkara furu ‘ ini sebagai perkara selain daripada perkara usul iaitu perkara pokok atau asas dalam syariat Islam yang tidak mumkin untuk para ulama’ melakukan ijtihad sendiri  kerana perkara ini telah pun mempunyai dalil dan nas yang bersifat mahkum(tiada penafsiran lain), syarih(jelas) dan qath’i(jelas) terutama bagi penjelasan I’tikad(keyakinan) terhadap hakikat kewujudan Allah SWT.Tidak seperti masalah furu’, tidak semua dalil dalil dan nas nya mahkam dan syarih. Maka wajar bagi para ulama’ mujtahidin melakukan ijtihad mereka sendiri  bagi dalil atau ayat yang masih bersifat zhonni(samar) dan bukannya qath’i(jelas).Wallahualam.

Maka batu asas untuk seseorang itu mempraktikkan sesuatu amalan ibadah itu sebenarnya bergantung kepada keyakinan  atau pegangan seseorang pengamal terhadap apa yang diamalkan.

Analisis kes:

1.      Situasi ini berlaku pada bulan Ramadhan. Bulan yang mewajibkan untuk seorang muslim berpuasa kerana termasuk dalam Rukun Islam ke-3(rujuk hadith ke-2  matan arbain karangan Imam Nawawi).
2.      Program Derma Darah  yang dijalankan adalah merupakan program yang dikhususkan bagi membantu misi mengumpul darah bagi pesakit yang memerlukannya.Ia bersifat membantu dan sudah pasti ia bertujuan baik ikhlas membantu kerana Allah SWT (hadith per-1 matan arbain )
3.      Dalam perubatan dan fisiologi, seorang manusia yang normal tidak boleh kehilangan kandungan darah melebihi 500 ml.Hal ini menyebabkan kuantiti darah yang  wajar untuk didermakan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit iaitu tidak melebihi  500 ml(saiz botol mineral kecil).Bagi penderma yang memiliki berat  60 kg ke atas Maksimum darah boleh diambil sebanyak 450 ml.
4.      Penderma darah tersebut secara mata kasar merupakan seorang muslim yang masih belum tahu atau mahir dalam tatacara fiqh perubatan, maka hal ini memerlukan beliau untuk bertanya kepada mereka yang mengetahui dan mahir ketika itu.
5.      Menderma darah tidak menyebabkan seorang penderma darah pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.Maka soal keterbatalan puasa akibat pitam atau pengsan tidak akan timbul dalam situasi ini.

Tindakan saya:

1.      Bagi menjawab soalan ini, saya sebagai seorang pegawai perubatan yang bertanggungjawab dalam operasi derma darah itu berpegang kepada prinsip agar tidak jumud dalam ijtihad yakni bersifat terbuka terhadap  setiap pegangan  yang diyakini oleh penderma darah tersebut.
2.      Akan tetapi, merujuk kepada analisis kes, bakal penderma darah tersebut ialah masyarakat biasa yang masih lagi kurang memahami tentang masalah ini.Maka wajar untuk saya terangkan bagaimakah pendapat dan pandangan saya, apakah yang saya yakini dan pegangi terhadap permusyahakatan ini.
3.      Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, kaedah ijtihad yang digunakan oleh para ulama’ fuqaha kita bagi situasi ini ialah al-qiyyas, yang mana mereka mengqiyaaskan atau menyamakan amalan menderma darah ini dengan upacara berbekam yang bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam badan seperti didalam hadith Rasulullah  SAW diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)


4.      Akan tetapi jika merujuk kepada apa yang saya yakini, saya berpegang kepada pendapat jumhur (sepakat) ulama’ yang mengijtihadkan bahawa  menderma darah tidak membatalkan puasa


Hujah :

Dalam ijtihad para ulama’ terdapat 2 pendapat
·  Berbekam membatalkan puasa
·  Berbekam tidak membatalkan puasa

1.      Hadith hadith sohih yang menyatakan pembatalan puasa semasa berbekam ini :

Diriwayatkan dari Al Hasan dari beberapa sahabat secara marfu’ (sampai pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam). Beliau berkata, “Orang yang melakukan bekam dan yang dibekam batal puasanya.” [Hadits ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Ad Darimi. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ no. 931 mengatakan bahwa hadits ini shohih]

2.      Namun yang demikian terdapat Hadith yang menyatakan ketidakbatalan puasa ketika berbekam .

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma beliau berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berbekam sedangkan beliau berpuasa.”
 (HR. Bukhari:1838,1939, Muslim: 1202).



Jumhur ulama (majoriti) tidak kira ulama dahulu(salaf)  ataupun ulama pada zaman inia(khalaf)  sepakat untuk menyokong pendapat yang kedua iaitu hukum menderma darah ketika berpuasa tidak membatalkan puasa seseorang yang berbekam. Hal ini kerana terdapat  hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas  di atas telah menasakh-kan atau meminda hadith yang telah menyatakan kebatalan puasa bagi yang berbekam.

Hal ini telah dikuatkan lagi dengan  pendapat  sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al  Khudri.
Abu Sa’id al Khudri radhiyallahu ‘anhu mengatakan:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi rukhshah (keringanan) bagi orang yang berpuasa untuk berbekam.” 
(HR. Nasa-I 3/432, Daruquthni 2/182, Baihaqi 4/264; Daruquthni mengatakan seluruh perawinya tersiqah, dan dishahihkan oleh al Albani dalam Shahih Ibnu Khuzaimah: 1969).


Menurut penjelasan Ibnu Hazm  Rahimahullah: “Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ‘memberi rukhshah’ tidak lain menunjukkan erti larangan sebelum datangnya rukhshah (sehingga asalnya dilarang, lalu diizinkan). Oleh kerananya, benarlah perkataan/pendapat bahwa ini (hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma) me-nasakh hadits yang pertama.” (al Mushalla 6/204)

3.      Malah , jika kita lihat hadith yang diriwayatkan oleh Rafi’ Khadij Radhiyallahuanhu juga telah dimansukhkan  oleh hadith riwayat Ibnu Abbas di atas.

Diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu,
“Dari Tsabit al Bunani beliau berkata: Telah ditanya Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Apakah kalian (para sahabat) di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci bekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau menjawab: “Tidak (kami tidak membencinya), kecuali kalau menjadi lemah (karena bekam).” (HR. Bukhari 4/174; lihat Fathul Bari dalam penjelasan hadits ini, dan juga perkataan al Albani rahimahullah yang menguatkan masalah ini dalah Misykatul Mashabih: 2016)

Secara tuntasnya di sini, saya dapat melihat pendapat yang menyatakan menderma darah yang diqiyyaskan sebagai berbekam ketika berpuasa  tidak membatalkan puasa seseorang malah berbekam merupakan salah satu  sunnah Rasulullah yang mulia. Menurut jumhur (majoriti ulama) yaitu Imam Abu Hanifah, Malik, Asy Syafi’i, berbekam tidaklah membatalkan puasa. Pendapat ini juga dipilih oleh Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id Al Khudri dan sebagian ulama salaf.
Namun begitu saya tidak memandang jumud terhadap perkara ini. Jika penderma seorang yang berpegang kepada ijtihad ulama yang menyatakan keterbatalan puasa ketika menderma darah ketika berpuasa di bulan ramadhan seperti yang dinyatakan dalam mazhab Hanbali, maka perlu lah beliau tafadhal dengan apa yang telah difahaminya dan diyakininya. Semoga  usaha menderma darah ini membawa seribu satu rahmat dan pahala bagi yang mengerjakannya ikhlas kerana Allah.

Rujukan:

·   Hadith 40 Matan Arbain karangan Imam An Nawawi
·   Zaharuddin.net
·   Muhammad Abduh Tuasikal, Rumashyo.com
·   Malaysiablooddonors.com
·   Ummushofiyya.wordpress.com


Jawapan Pemenang Kedua:

Ulama’2 kontemporori mengqiyaskan derma darah dgn hukum hijamah(berbekam). Utk memudahkan kita memahami, eloklah kiranya kita melihat hukum hijamah ini.

Ulama’ terbahagi dua mengenai hukum hijamah ketika berpuasa. Iaitu pendapat yg pertama, orang yg berbekam ketika berpuasa maka batallah puasa mereka. Ini merupakan pendapat Ahmad, Ishaq dan ahli hadis. Mereka bersandarkan kpd hadis berikut:

Syadad bin Aus berkata bahawa suatu ketika saw melewati seseorang di baqi’ tengah berbekam. Orang ini meminta tolong kepadaku. Ketika itu telah lewat delapan belas hari dari Ramadhan. Baginda bersabda, “Orang yg membekam dan dibekam batal puasanya.”[HR Ibn Majah, abu Daud, Nasa’I dan Nawawi]

Adapun pendapat jumhur termasuk juga Imam Asy-Syafi’I, berbekam itu tidak membatal puasa. Mereka berhujahkan hadis Ibn Abbas ra bahawa beliau melihat Nabi saw berbekam dalam keadaan ihram dan beliau berbekam dalam keadaan berpuasa. Ini juga merupakan pendapat Anas bin Malik, Abu Laila, Ibn Mas’ud, Aisyah, Ibn Umar dlln.

Berdasarkan sunnah fi’li di atas, maka fuqaha’ membuat kesimpulan bahawa hadis yg pertama itu dinasakhkan krn perbuatan nabi berbekam datang kemudian iaitu ketika haji wada’.

Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas, dgn mengqiaskan bekam itu dgn menderma darah, tidaklah ia membatalkan puasa. Namun ia adalah makruh krn ia melemahkan badan. Adapun menderamkan darah pada ketika malamnya, tidaklah apa2(harus). Inilah pendapat Dr Yusuf Qaradhawi dalam fiqhus siyam

Jadi saya lebih cenderung terhadap hukum yang mengharuskan pendermaan darah ini, dan menerangkan kepada penderma tersebut:.

- Menderma darah ini TIDAK membatalkan puasa (berdasarkan qiyas yg mengharuskannya)
- Beliau BOLEH mendermakan darahnya sekiranya mencukupi semua syarat2 untuk menderma selain yakin bahawa menderma itu tidak mendatangkan lebih mudarat kepada beliau (lemah yang berlebihan sehingga pitam---->harus mengambil kira pelbagai faktor termasuklah berat badan dan tahap kesihatan penderma tersebut).


Komentar Juri:

Dalam semua penyertaan, kesemua peserta telah tampil dengan hujah beserta dalil yang lengkap. Pemenang tempat pertama dipilih kerana basisnya adalah dalil yang cukup kukuh dan rajih untuk digunapakai sekalian pengamal perubatan Muslim. Hanya seorang, iaitu pemenang tempat pertama yang telah mengemukakan sebuah hadith yang cukup penting dan menjawab soalan fiqh medik kali ini, iaitu hadithnya:

Diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu,
“Dari Tsabit al Bunani beliau berkata: Telah ditanya Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Apakah kalian (para sahabat) di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci bekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau menjawab: “Tidak (kami tidak membencinya), kecuali kalau menjadi lemah (karena bekam).” (HR. Bukhari 4/174; lihat Fathul Bari dalam penjelasan hadits ini, dan juga perkataan al Albani rahimahullah yang menguatkan masalah ini dalah Misykatul Mashabih: 2016)

Pemenang tempat kedua dipilih kerana mengemukakan hujah dan jawapan yang lebih kepada praktikaliti sebagai seorang doktor muslim. Iaitu, apa yang dirinya perlu tahu dan apa yang perlu diberitahu kepada pesakit atau orang yang bertanya disamping mengemukakan dalil yang mudah difahami orang awam.

Allahu alam.

Kepada peserta lain, jawapan kalian juga adalah yang terbaik. Semoga berjaya untuk kuiz fiqh medik yang berikutnya. Sediakan hujah yang terbaik dan jangan lupa untuk menyediakan jawapan anda sebagai doktor kepada pesakit anda juga. Itu juga dinilai!
 



1 comment: