Saturday, October 24, 2009

AKTIVITI M&M PROJECT BPI-PPIM (Volgograd)


M&M Seminar – diadakan khusus untuk pelajar-pelajar di pengajian tahun pertama dan di pengajian tahun klinikal. Seminar meliputi persediaan untuk tahun pengajian pre-klinikal, prioriti pada keperluan subjek perubatan, strategi dan asas serta motivasi dan kesinambungan pendidikan dan kerjaya perubatan di Malaysia. Seminar ini juga diadakan untuk pelajar di tahun klinikal yang merangkumi aspek yang lebih menjurus kepada penguasaan praktikal seperti Physical Examination (PE) dan lain-lain aspek yang penting sebagai persediaan untuk berkhidmat di Malaysia sebagai pengamal perubatan.


Aktiviti M&M Seminar di bawah perancangan adalah seperti berikut:


i."M&M Seminar - 1st Course Students" - 22 November 2009, Hiroshima Hall, 10.45am


ii."M&M Seminar - all courses" - Diadakan berselang seli dengan Kuliah Ahad, seterusnya pada 1 November 2009, Hiroshima Hall, 10.30am. Seminar merangkumi PE dan aspek praktikal yang lain.



M&M Group – perbincangan ilmiah mentor-mentee bagi setiap tahun pengajian. Meliputi subjek-subjek perubatan berdasarkan tema dan ketetapan daripada universiti. Memudahkan proses pembelajaran para pelajar dan kesesuaian terhadap cara pembelajaran mengikut subjek.

Subjek meliputi perbincangan termasuklah:


  • Human Anatomy
  • Histology, Cytology and Embyology
  • Chemistry
  • Internal Diseases
  • Pharmacology
  • Pathology dll.


M&M Group membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mentor-mentor akan mengendalikan kumpulan-kumpulan ini mengikut subjek-subjek yang dibawa mereka. Diadakan pada setiap minggu, mengikut kesesuaian masa bagi mentor dan mentee.


Antaranya:


1."M&M Group - 3rd Course Students" : Setiap Ahad ( Selepas Kuliah Ahad), Foyer Tingkat 6 Setengah. Subjek: Pharmacology, Propaedeutical Therapy.


2."M&M Group - 2nd Course Students" : Masa ditentukan setiap mentor, bertempat di At-Taghabun 64 atau Ibrahim 14, subjek : Anatomy, Histology.


3."M&M Group - 1st Course Students" : Masa ditentukan setiap mentor, bertempat di Foyer Tingkat 10 dan 9. Subjek: Anatomy, Chemistry, Biology.




M&M Plus – merupakan satu bentuk seminar khas yang akan dikendalikan oleh super mentor, iaitu para doktor yang sedang berkhidmat di Malaysia, yang juga merupakan graduan dari Volgograd State Medical University. Perkongsian ini boleh dijalankan menerusi TeleSeminar. Perkongsian ini begitu perlu diutamakan supaya terdapat kesinambungan dalam pengajian pelajar di Rusia dan di Malaysia, termasuk budaya kerja berasaskan pengalaman. Selain itu, M&M Plus akan mengendalikan pelbagai aktiviti melibatkan tenaga dan sumbangan pihak-pihak lain di Malaysia, seperti daripada PPIM sendiri dan para doktor yang lain.



M&M Rush – satu bentuk perbincangan ilmiah menjurus kepada peperiksaan. Perbincangan ini boleh memberi input berguna dan idea kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan. M&M Rush bermula 2-3 minggu sebelum musim peperiksaan bermula, termasuklah pengedaran soalan-soalan peperiksaan, skema-skema jawapan, tips dan cara, perbincangan tentang soalan dan prioriti jawapan.


No comments:

Post a Comment