Monday, October 12, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN BPI-PPIM

Assalamualaikum warahmatullah.

SELAMAT DATANG ke laman blog rasmi Biro Pembangunan Insan(BPI)-PPIM-RSC (Volgograd).

Aspirasi BPI menerapkan peri pentingnya pembangunan ummah secara komprehensif dan kesaksamaan meliputi pelbagai aspek. Dengan pengkhususan terhadap komuniti pelajar perubatan Islam di Volgograd, keutamaan dalam membangunkan kualiti dan mutu insan menjadi tunjang asas pembentukan ummah yang seimbang meliputi rohani dan spiritual di samping mentaliti dan jasmani yang utuh, dengan tujuan dapat melahirkan warga pelajar dan pengamal perubatan yang memahami peranan sebagai seorang yang beragama Islam.

Dengan meletakkan keutamaan pada matlamat dan objektif PPIM, BPI antaranya akan turut bersama mengepalai langkah dengan pelbagai aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi tersebut:

  1. Meninggikan taraf pendidikan perubatan dan penjagaan kesihatan
  2. Menggalakkan penyelidikan dan penerbitan perubatan
  3. Menggalakkan dan menyelaraskan perkhidmatan perubatan secara sukarela dalam masyarakat sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
  4. Meningkatkan kefahaman, penilaian dan amalan perubatan yang berteraskan al-Quran dan al-Hadith
  5. Mengemukakan pandangan pertubuhan terhadap isu-isu perubatan semasa.
  6. Mewujudkan dan menggalakkan kerjasama dengan lain-lain persatuan perubatan
  7. Mewujudkan dan menggalakkan kerjasama dengan lain-lain persatuan dan pertubuhan Islam.

Dengan bermatlamatkan objektif ini, BPI memerlukan komitmen, sokongan, kerjasama dan penglibatan semua pihak, khususnya pelajar perubatan beragama Islam di Volgograd.




"Al-Hidayah, As-Syifa’, Ar-Rahmah"

No comments:

Post a Comment