Saturday, October 29, 2011

Pemenang Kuiz Fiqh Medik

Pemenang bagi Kuiz Fiqh Medik untuk Edisi Pertama Academic Minute IMAM Volgograd

Anda sebagai seorang doktor yang bertugas, didatangi sepasang suami isteri beragama Islam yang memerlukan konsultasi. Pasangan suami isteri tersebut baru sahaja berkahwin 2 minggu lepas. Mereka bercadang untuk tidak memiliki zuriat dan meminta agar anda sebagai doktor dapat mengeluarkan instruksi untuk membenarkan pembedahan pencegahan kehamilan dijalankan. Pasangan tersebut bekerja sebagai peniaga di sebuah restoran. Sebab utama mereka tidak menginginkan zuriat adalah kerana faktor kesempitan masa bekerja.


Jawapan


Berikut adalah pandangan ana dalam menjawab soalan yang diutarakan. insyaAllah

sekiranya saya diletakkan di posisi doktor tersebut, pertama2 sekali adalah menetapkan prinsip saya sebagai seorang doktor Muslim akan masalah yang dikemukan oleh pasangan tersebut. Kedudukan sebagai seorang konsultan lebih memainkan peranan dalam mempengaruhi setiap tindakan pasangan terbabit.

pertama-tama, sekali melihat kepada niat mengapa pasangan tersebut tidak mahu mempunyai zuriat adalah kerana faktor kesempitan masa.
di sini, jelas bahawa sebab yang diberikan adalah tidak kukuh.

Allah berfirman: "dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."
(al an'am:151)

Dari ayat Al Quran di atas jelas bahawa rezeki yang merangkumi harta benda, anak2 mahupun rezeki dari segi kelapangan masa itu semua dikurniakan oleh Allah, maka faktor kesempitan masa itu adalah alasan yang lemah.

Malah, sebgaimana semua maklum, antara hikmah perkahwinan itu adalah untuk melahirkan lebih ramai umat Nabi Muhammad SAW, kerana dalam salah satu hadis baginda, baginda menyatakan rasa sukanya kiranya umatnya melahirkan ramai pewaris agar umatnya menjadi ramai nanti.

Dan perlu juga untuk menjelaskan bahawa pembedahan pencegahan kehamilan di dalam Islam hanya dibenarkan sekiranya mempunyai sebab2 kukuh yang lain yang dibenarkan dalam Islam seperti:

1. Masalah kesihatan ie kelahiran boleh membawa maut kepada ibu dll
2. Ingin menjarakkan jarak antara anak2 
3.Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini ke atas keselamatan nyawa ibu atau kesihatannya.
4.Khuatir terganggu kesihatan anak-anak atau terbantut pendidikan mereka disebabkan ramainya bilangan mereka.
5.Khuatir muncul kandungan baru yang boleh mengganggu penyusuan bayi yang masih menyusu.

Maka, saya akan menasihatkan dan menyarankan pasangan terbabit untuk berfikir semula akan keputusan mereka itu

TAHNIAH!

NURUL HAFIZA KHAIRI (TAHUN 3)



Kepada yang lain, jangan ketinggalan untuk dapatkan Academic Minute akan datang! Hadiah wang tunai menanti anda.

Monday, October 24, 2011

Academic Minute Oktober 2011

Salam.

Seperti yang kita semua sedia maklum. Kertas Academic Minute telah pon diedarkan pada setiap kelas. Untuk keluaran pertama ini, kami akui masih banyak kelemahan yang kami terlepas pandang. Masih banyak lagi yang perlu dibaiki. InsyaAllah untuk keluaran yang seterusnya, akan kami sediakan column untuk semua short form. Untuk maklumat anda semua short form ini memang di gunakan di hospital-hospital di malaysia. Dan diharap sekaligus kita dapat sama-sama membiasakan diri untuk mengenal short form yang digunapakai sekarang ini. Jadi, sekali lagi, mohon maaf dari kami Biro Akademik IMAM atas segala kesulitan yang dialami. InsyaAllah banyak lagi yang akan kami baiki. Terima kasih kerana memberi sokongan.


Senarai short form keluaran bulan Oktober

ROS - review of system
HPT - hypertension
Hx - History
Cx - complications
FHx - familial history
TIA - transient ischaemic attack
HF - heart failure
IHD - ischaemic heart disease
CVA - cerebrovascular accident
d/o - disorder
CXR - chest x ray
TOD - target organ damage
SBP - systolic blood pressure
DBP - diastolic blood pressure
OCP-oral contraceptive pill


Tak sempat baca?? Kini anda boleh muat turun Academic Minute online dari blog Akademik IMAM Volgograd! Jangan lupa, sertai kuiz Fiqh Medic dan hantarkan jawapan kepada kami di bpippim@gmail.com sebelum 29 Oktober 2011. Hadiah wang tunai menanti pemenang tempat Pertama dan Kedua. Dapatkannya sekarang!

Saturday, October 15, 2011

ACADEMIC MINUTE



Satu program terulung Biro Akademik IMAM Volgograd iaitu Projek Academic Minute. Secara ringkasnya, Academic Minute akan membawa anda untuk mengikuti perkembangan terkini dalam bidang perubatan, sistem-sistem perubatan di Malaysia, dan juga banyak lagi fakta dan pengetahuan menarik yang mungkin kita tidak ketahui dalam dunia medik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah sebenarnya projek Academic Minute, jangan lupa untuk mengikuti perkembangannya nanti. Pelbagai aktiviti yang akan di adakan. Jangan ketinggalan! Hadiah menarik menanti anda.

Monday, October 10, 2011

WeLCoMe saFF-saFF KEPIMPINAN BARU IMAM VOLGOGRAD 2011/2012


First POSTING from the NEW ACADEMIC BUREAU 2011/2012

MUQADDIMAH


Segala pujian bagi Allah Rabul Izzati, dengan limpah kurniaNya serta inayahNya dapat lagi kita merasai dua nikmat iman iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah SAW serta ahli keluraga baginda, para sahabat baginda dan para-para tabi’in, tanpa penerusan kerja penyebaran Islam, maka tidak sampailah Islam kepada kita semua pada hari ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang berkerah tenaga & akal, akhirnya Alhamdulillah kami dapat mula menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kami.

 Pertama sekali ingin saya maklumkan bahawa mulai sekarang blog ini akan dikelolai oleh biro akademik IMAM VOLGOGRAD 2011/2012 yang baru sahaja dilantik. Walau bagaimana pun, blog ini takkan dapat menyerlahkan sinar "cahaya" nya tanpa kerjasama & bantuan daripada senior2 n shbt2 sekalian. Setiap individu memainkn peranan yg penting utk menggilapkan lgi blog ini agar  ia dpt memberi manfaat kpd semua org.


Harapan saya agar blog ini dapat menjadi portal & medium rujukan bg setiap inividu especially medical students. Insya Allah kami akn uploadkan  bahan2 rujukan, lecture2, medical videos, n mcm22 lagi info serta interesting stuff yg anda boleh download straight dri blog ini.(NB: Oleh itu, bagi mereka yg mempunyai sebarang nota,lecture or anyting yg ingin dikongsi bersama, anda dialu-alu kan utk berbuat demikian.. Just kindly contact any of our academic bureau.

INTERESTING SToRY

 Menuntut ilmu sememangnya wajib bagi setiap individu muslim., tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, ketika setiap orang menuntutnya, pasti ada penghalangnya.

Ada kisah para ulama dahulu iaitu pada satu ketika Imam Syafi’e datang kepada gurunya, Imam Waqi’ dan mengadu kepadanya tentang kesukaran untuk mengingati apa yang telah dihafal. Maka Imam Waqi’ mengingatkan Imam Syafi’e : “ Ilmu itu cahaya, cahaya dari Allah, ia bagaikan pelita, penggelapnya adalah maksiat, maka tinggalkan maksiat.
Sungguhpun kita telah mengetahui bahawa Imam Syafi’e adalah seorang hamba Allah yang tinggi darjatnya disisi Allah serta disebabkan ilmu yang ada padanya tinggi. Beliau cepat tangkap apa yang didengari, menghafal kitab dengan hanya mengambil masa yang singkat.

Walaupun beliau seorang yang genius, tinggi ilmu, beliau tahu adab sebagai seorang pelajar ke atas gurunya . Ilmu tidak akan datang bergolek, ilmu juga tidak akan datang kepada orang yang bergelumang dengan maksiat, ilmu hanya datang kepda hati yang bercahaya, bersih dan ikhlas. Hati yang telah digilap dengan sinaran iman.

NanTi kan OUR first PROJEk… "ACADEMIC MINUTE "

p/s For those who wants to join forces and become part of the committee as they can share everything n gain everything (nota senior, lectures, latest updates, outdoor medical activities, n mcm2 lagi cool stuff n experiences that will definitely benefit u as a medical student)  feel free to join our bureau by contacting me, Khairuddin -4th year (kai), the head of academic bureau or my vice- Diyana Rahman - 4th year

Akhir kalam saya akhiri dgn satu ungkapan,

The easiest thing in this world is becoming non- beneficial. The hardest thing being is very beneficial. The struggle is what makes us stronger and gets us closer to Allah. 

WALLAHU'ALAM

 by kai

Sunday, October 9, 2011

Islam & Perubatan



Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”.
Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.
Rasullullah s.a.w. sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat setengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh Baginda berasaskan akidah dan nilai-nilai Islam. Mungkin pada zaman itu belum banyak lagi jenis ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat berbagai jenis penyakit berbanding dengan ribuan jenis ubat farmasi dan berbagai kaedah rawatan yang ada di pasaran masakini.

Zaman Kegemilangan Islam

Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 masihi. Pada zaman tersebut “empire” Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke benua Eropah dan bertapak kuat di negara Sepanyol, ia berkembang ke negara Russia dan ke Timur di sebahagian negara Cina. Dalam zaman kegemilangan pemerintahan tersebut muncullah para cendikiawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al-Raziz (tahun 841 - 926), Al Zahrawi (tahun 931 - 1013), Ibnu Sina (tahun 890 - 1037), Ibnu Rusd (tahun 1126 - 1198) dan Ibnu El-Nafis (tahun 1208 - 1288). Disamping ilmu dan kemahiran kedoktoran, mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fiziks, matematik dan lain-lain.
Mereka telah mengamalkan ilmu kedoktoran secara saintifik berasaskan ilmu pengetahun tentang perubatan pada ketika itu. Mereka juga telah menemui berbagai jenis ubatan daripada berbagai sumber. Berbagai kaedah rawatan termasuk pembedahan telah digunakan dan disebar luas khususnya oleh Al Zahrawi. Pengasas-pengasas perubatan Islam di zaman tersebut telah banyak menjalankan penyelidikan dan telah menulis berjilid-jilid buku teks kedoktoran yang telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa Eropah. Malah banyak daripada buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ibnu El Nafis telah digunakan oleh kolej-kolej perubatan di Eropah.
Selepas tahun masihi 1300 Masihi apabila “empire” Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang ini, perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti zaman pemerintahan khalifah dahulu.


Definisi Perubatan Islam
Tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara-gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam.
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w.. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan
Perubatan Islam perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut
    • -Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.

    -Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan di samping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa. -Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang-undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin “controversial” dan boleh mengancam hak asasi manusia. -Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek-aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat. -Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung. -Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarkan kepada semua. 

    Proses pengubatan

    Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Ia seterusnya bertawakkal kepada Allah S.W.T. agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, ia patut juga mempunyai satu etika dan peradaban yang sesuai untuk melayani pesakit.
    Ia perlu juga mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya ia dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari berbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia perlu sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang berdakwah.