Saturday, October 29, 2011

Pemenang Kuiz Fiqh Medik

Pemenang bagi Kuiz Fiqh Medik untuk Edisi Pertama Academic Minute IMAM Volgograd

Anda sebagai seorang doktor yang bertugas, didatangi sepasang suami isteri beragama Islam yang memerlukan konsultasi. Pasangan suami isteri tersebut baru sahaja berkahwin 2 minggu lepas. Mereka bercadang untuk tidak memiliki zuriat dan meminta agar anda sebagai doktor dapat mengeluarkan instruksi untuk membenarkan pembedahan pencegahan kehamilan dijalankan. Pasangan tersebut bekerja sebagai peniaga di sebuah restoran. Sebab utama mereka tidak menginginkan zuriat adalah kerana faktor kesempitan masa bekerja.


Jawapan


Berikut adalah pandangan ana dalam menjawab soalan yang diutarakan. insyaAllah

sekiranya saya diletakkan di posisi doktor tersebut, pertama2 sekali adalah menetapkan prinsip saya sebagai seorang doktor Muslim akan masalah yang dikemukan oleh pasangan tersebut. Kedudukan sebagai seorang konsultan lebih memainkan peranan dalam mempengaruhi setiap tindakan pasangan terbabit.

pertama-tama, sekali melihat kepada niat mengapa pasangan tersebut tidak mahu mempunyai zuriat adalah kerana faktor kesempitan masa.
di sini, jelas bahawa sebab yang diberikan adalah tidak kukuh.

Allah berfirman: "dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."
(al an'am:151)

Dari ayat Al Quran di atas jelas bahawa rezeki yang merangkumi harta benda, anak2 mahupun rezeki dari segi kelapangan masa itu semua dikurniakan oleh Allah, maka faktor kesempitan masa itu adalah alasan yang lemah.

Malah, sebgaimana semua maklum, antara hikmah perkahwinan itu adalah untuk melahirkan lebih ramai umat Nabi Muhammad SAW, kerana dalam salah satu hadis baginda, baginda menyatakan rasa sukanya kiranya umatnya melahirkan ramai pewaris agar umatnya menjadi ramai nanti.

Dan perlu juga untuk menjelaskan bahawa pembedahan pencegahan kehamilan di dalam Islam hanya dibenarkan sekiranya mempunyai sebab2 kukuh yang lain yang dibenarkan dalam Islam seperti:

1. Masalah kesihatan ie kelahiran boleh membawa maut kepada ibu dll
2. Ingin menjarakkan jarak antara anak2 
3.Khuatir berlaku perkara yang tidak diingini ke atas keselamatan nyawa ibu atau kesihatannya.
4.Khuatir terganggu kesihatan anak-anak atau terbantut pendidikan mereka disebabkan ramainya bilangan mereka.
5.Khuatir muncul kandungan baru yang boleh mengganggu penyusuan bayi yang masih menyusu.

Maka, saya akan menasihatkan dan menyarankan pasangan terbabit untuk berfikir semula akan keputusan mereka itu

TAHNIAH!

NURUL HAFIZA KHAIRI (TAHUN 3)



Kepada yang lain, jangan ketinggalan untuk dapatkan Academic Minute akan datang! Hadiah wang tunai menanti anda.

No comments:

Post a Comment